Friday, January 5, 2007

InDaHnYa IsLaM


Ya Allah jadikanlah aku sebagai hambamu yang senantiasa bersyukur kepadamu. Teramat malu memijak bumimu memandang langitmu, kalau aku tidak pandai bersyukur atas kekuasaanmu rahmatmu pengasih dan penyayangmu... Rasanya masih belum cukup aku bersyukur kepadamu Ya Allah yang maha berkuasa... tetapi engkau tetap mengaturkan, mengurniakan pelbagai kenikmatan dan memenuhi semua keperluanku...Ampuni aku YA ALLAH...

Sesiapa yang benar bertaqwa kepada aku, akan aku berikan jalan keluar untuk segala kesusahannya.Dan aku berikan rezki yang tidak pernah terlintas difikirannya.Sesiapa yang benar bertawakkal kepada aku, maka cukuplah aku bagi mereka.Aku akan menunaikan segala janji janjiku. Dan aku punya kadar masa tertentu dalam melaksanakannya-(AL-QURAN SURAH AT-TALAQ)...Ayat seribu dinar ini selalu digantung dirumah, dikedai, direstoran, dimana ramai yang berpendapat sesiapa yang menyimpannya akan membawa kepada kemurahan rezki...Malahan ada yang terlalu taksub menyatakan bahawa ia adalah umpama pendinding kepada sesiapa yang menyimpannya...Sungguh tidak dinafikan ayat ayat suci Al Quran itu punya hikmatnya tersendiri. dan perlu setiap manusia yang beragama islam menjaga kesuciannya..TAK kisahlah apa tafsiran dan pandangan manusia tentang ayat seribu dinar ini...Tetapi bukankah baik setiap antara kita menghayati apakah maksud dan kehendak ayat suci Allah Swt itu sendiri...Dalam mengharungi kehidupan semakin canggih dengan kemajuan, manusia terdedah kepada kejutan budaya, terpedaya dengan runtunan nafsu hingga terjerumus kepada apa yang diistilahkan sebagai dosa kerana melakukan perkara yang ditegah Allah SWT...Naluri manusia yang beragama islam tidak akan aman kerana memikirkan segala kesalahan kesilapan yang pernah dilakukan.Maka peganglah FIRMAN dan panduan Allah SWT ini muga mendapat kekuatan dalam melakukan taubat pembersihan diri yang sebenar benarnya. Usah risau dengan pandangan manusia mencaci mencerca, kerana azab yang diterima nanti , hanya kita seorang saja yang menanggungnya.Mereka yang cukup rapat, cukup menyayangi kita belum tentu dapat membantu kita , apatah lagi kepada manusia yang mementingkan diri memeluk kuat keegoannya.Manusia yang benar benar bertaqwa, sesungguhnya senantiasa melihat ALLAH penuh dengan segala kehebatannya... Hebat nerakanya tidak tertahan manusia menanggung azab sengsaranya dan hebat syurganya menandingi segala keindahan kenikmatan yang ada didunia yang fana ini..Jangan terpukau terpedaya dengan syurga dunia yang sementara sifatnya dan janganlan risau resah gelisah dengan neraka dunia yang tidak sehebat mana..Menitilah kehidupan didunia sebaik baiknya muga dipermudahkan ALLAH meniti titian SIRATUL MUSTAKIM yang pasti setiap manusia melintasinya... Buktikan kepada ALLAH, bukan kepada manusia, bahawa kita punya keinsafan atas kesalahan yang pernah kita lakukan dan tunjukkan kesungguhan sebenar benarnya yang di istilahkan sebagai TAUBATAN NASUHA.. Amin Ya ALLAH..

1 comment:

Ahmadrashidi bin Hasan said...

Orang-orang yang meminta-minta dari Allah adalah mereka yang masih tidak bersyukur dengan apa yang telah dianugerahkanNya, kerana itulah mereka masih meminta-minta. Jika seseorang itu tahu betapa Allah telah merahmatinya, sepatutnya dia berasa malu untuk terus meminta kerana orang seperti ini tidak pernah merasa dirinya cukup.